August 14, 2014

Alhamdulillah!

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Alhamdulillah, alhamdulillah. Segala puji bagi Allah S.W.T 
Allah je yang tahu macam mana aku rasa masa first first dapat tahu result UPU. Seriously, aku sampai kena marah dengan mak aku sebab delay tengok result.Sebenarnya, aku takut sangat kalau aku dapat UMT. Yelah Seremban ke Terengganu mahu makan 5 jam lebih. & mak ayah aku pulak cakap yang kalau aku dapat jauh memang tak dapat nak hantar aku. Siapa tak sedih kan, bayangkan first day kau ke alam Universiti without your parents. Sedihnya T.T Ok sambung. Lepas dah kena marah, aku pun duduk diam-diam dalam bilik, check sorang-sorang. Masuk je nombor kad pengenalan, aku terus tutup mata. Dalam hati, "Takutnya. Nak buka mata ke tak eh? Hmmm." Last-last aku buka mata sikit-sikit, tutup screen laptop pulak. Hahaha ah sudah kau ni, bila nak dapat tahu ni? Kekeke. First thing aku nampak, "TAHNIAH!" Ya Allah, alhamdulillah, dapat pun UPU. Part nak tengok dapat mana, memang slowmo gila ah. Okay, lastly..


Alhamdulillah sangat! Sungguh aku tak sangka. Siapa sangka aku dapat bergelar pelajar di UKM? Seriously rasa nak nangis masa tu.
Sayu sangat hati. Cantiknya aturan Allah.. :) Alhamdulillah, aku dapat second choice aku. 
Terima kasih ya Allah, kerana memakbulkan doa hambaMu yang hina ini.
InsyaAllah, berbekalkan iman & istiqomah, semoga aku menjadi seorang penuntut ilmu yang mengamalkan ilmunya & menjadi hambaMu yang solehah, ya Allah. Doakan aku ya sahabat-sahabat. Hehe moga kita ketemu di akhirat kelak, insyaAllah.

July 10, 2014

It's Friday!

Assalamualaikum. Sobahul khair! 
Alhamdulillah, 13 Ramadhan 1435H bersamaan dengan 11 Julai 2014, Jumaat :)
InsyaAllah, sama sama dapat manfaatnya. Jom amalkan sunnah Baginda! Seronoknya hari Jumaat! Eheh.
 Jangan lupa baca Surah Al Kahfi!

Kelebihan Surah Al Kahfi 
1. Rasulullah S.A.W bersabda:
“Barangsiapa membaca surah al-Kahf pada malam Jumaat, maka dipancarkan cahaya
untuknya sejauh antara dirinya dan Baitul ‘atiq.”
“Barangsiapa membaca surah Al-Kahf pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”
Dari Sa’id al-Khudri
2. Rasulullah S.A.W bersabda:
“Siapa yang membaca surat Al-Kahf pada hari Jumaat, maka akan memancar cahaya dari bawah kakinya sampai ke langit,
akan meneranginya kelak pada hari kiamat, dan diampuni dosanya antara dua Jumaat.”
Dari Umar Radhiyallahu’anhuma
“Pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan,
sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka.”
(Al-Hadid : 12)
3. Ampunan dosa antara dua Jumaat.
“Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan perbuatan-perbuatan yang buruk.”
(Huud : 114)

4. Menangkal fitnah Dajjal
Rasulullah S.A.W bersabda :
“Maka barang siapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapati zaman Dajjal) hendaknya ia 
membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surat al-Kahf.”
Dalam riwayat lain Rasulullah S.A.W bersabda :
“Barang siapa yang membaca sepuluh ayat dari permulaan surat al-Kahf, maka ia dilindungi dari Dajjal. "

Allahuma salli ala saidina Muhammad